Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan Selangor FC untuk tidak ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadual pada Jumaat. <br /><br />Baginda bagaimanapun menzahirkan rasa kecewa kerana pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC supaya menangguhkan perlawanan berkenaan.